Kerjaya muzik Achik_Spin

Pada awal tahun 1998, Achik memulakan kerjaya awal seni muzik dengan menceburi dunia nyanyian ketika beliau berusia 14 tahun serta membentuk kumpulan muzik yang dinamakan sebagai Spin. Beliau juga mengetuai Kumpulan Spin selaku vokalis utama pada tahun 90-an malah lagu yang popular pada masa itu ialah single pertama bersama Spin berjudul Dekat Disayang Jauh Dikenang, manakala single kedua ialah Mengusung Rindu, dan single ketiga yang dimuatkan dalam album Roda Roda Rindu iaitu Insan Ku Sayang Kini Menghilang. Selain itu, Achik pernah melancarkan empat kompilasi album studio bersama Spin malah mula beralih sebagai penyanyi duet bersama rakan duetnya, Siti Nordiana. Achik Spin juga dikenali sebagai seorang penyanyi lagu pop Melayu, balada, pop rock serta irama tradisional Melayu pada awal tahun 1998 sehingga tahun 2010 dalam usia beliau yang muda.

Achik & Nana

Bacaan tambahan: Diskografi Achik & Nana

Selain berkecimpung selaku vokalis utama Kumpulan Spin, Achik juga terdahulu dikenali menerusi pasangan duet bersama penyanyi Nana, yang merupakan rakan akrab dan teman duet kepada Achik. Mereka juga pernah mengenali sesama sendiri ketika zaman remaja di Negeri Sembilan sebelum sama-sama menyertai studio rakaman muzik yang berada di bawah naungan FMC pada peringkat awal. Pasangan duet Achik & Nana ini telah memikat hati pendengar muzik dan pernah berada di puncak populariti pada tahun 2000 sehingga tahun 2005 dengan membariskan dua buah album kompilasi mereka, malah single mereka yang popular pada masa itu adalah lagu yang berjudul Paling Comel, hasil ciptaan komposer Aidit Alfian.[2] Di samping itu, single tersebut ketika itu menjadi hit paling popular yang telah menarik perhatian peminat muzik sehingga ke masa kini. Selepas kejayaan single pertama mereka pada 2003, Achik & Nana muncul dengan single kedua iaitu Setia Menanti dan juga terkenal dengan lagu tradisional Irama Malaysia, iaitu Benang Emas yang dimunculkan pada tahun 2005 malah ia pernah dicalonkan dalam program rancangan TV3, Muzik-Muzik 18. Pada masa yang sama, duo Achik & Nana muncul pada akhir tahun 2009 dengan mengeluarkan single terakhir mereka iaitu Cari Ketenangan, yang merupakan sebagai rakaman terakhir bagi pasangan duet ini.

Rujukan

WikiPedia: Achik_Spin http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://mstar.com.my/artikel/?file=/2010/12/29/msta... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140727/h... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/selepas... https://www.malaysiakini.com/news/129468 https://web.archive.org/web/20140714230643/http://...